Filem pertama Harimau Malaya Picture berjudul "Mariam Anisa", arahan Meor Hashim Manap hasil karya Mahizan Husin pemenang anugerah skrip berunsur Islam Dewan Bahasa dan Pustaka. Dibintangi oleh Uji Rashid,Pool, Dato Aziz Satar, Latif Borgiba, Ghazali Buyong dan Dato Md Jamal.
Sipnopsis cerita:
Perjalanan seorang wanita yang bernama Mariam Anisa (Uji Rashid)yang ingin kembali ke pangkal jalan setelah dirinya tersesat jauh (menjadi seorang pelacur). Tetapi keikhlsannya disalahertikan oleh penduduk kampung yang Mariam Anisa tidak seharusnya berada di kampung. Masyarakat kampung telah memulaukannya hinggakan sampai ke suatu peringkat pondok Mariam Anisa tinggal dibakar hangus. Seorang pemuda Mizan(Pool) telah kembali dari luar negara untuk bercuti di kampung halamannya dan cuba menyelamatkan keadaan walaupun di tentang hebat oleh penduduk kampung seperti Lebai Mahat(Latif Borgiba), Imam Darus (Ghazali Buyong) dan akhirnya beliau menyedari Mariam Anisa adalah kekasih bapanya.
Filem ini telah pun menemui peminat melalui VCD serta tayangan dari TV Singapura. Dan filem ini telah memenangi anugerah di Cannes Festival dalam kategori Penata Cahaya Terbaik.
Jumaat, 11 April 2008
Langgan:
Ulasan (Atom)